ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN IV - PELANTIKAN MUFTI DAN PENUBUHAN LEMBAGA FATWA.
Lembaga Fatwa



Seksyen 38. Meminta pendapat daripada Lembaga Fatwa.

Jika di dalam mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan mengenai Undang-Undang Islam perlu diputuskan atau diperjelaskan, mahkamah itu boleh meminta pendapat Lembaga Fatwa mengenainya dan Lembaga Fatwa boleh, dengan persetujuan Majlis, mengemukakan pendapatnya kepada mahkamah yang memintanya dengan syarat bahawa pendapat yang dikeluarkan oleh Lembaga tidaklah boleh dianggap sebagai fatwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.