ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VII - SAKSI-SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes-kes mal keterangan hendaklah diberi oleh pihak menuntut dan pihak kena tuntut. Pihak kena tuntut yang ingkar hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syarak:

(2)
(a) Apabila sumpah dibuat oleh pihak kena tuntut, tuntutan pihak menuntut tertolak secara mutlak.
(3) Di dalam kes-kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak yang dituduh kecuali jika pihak kena tuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.