ENAKMEN 3 TAHUN 2001
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN HAKIM DAN BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 8. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-




(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.