ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 110. Kenyataan-kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi boleh dibuktikan bagi menyokong keterangan yang dibuat terkemudian tentang fakta itu juga.

Bagi menyokong keterangan seseorang saksi, sesuatu kenyataan dahulu yang dibuat oleh saksi itu berkenaan dengan fakta itu juga pada atau lebih kurang pada waktu fakta itu telah berlaku, boleh dibuktikan, sama ada kenyataan dahulu itu dibuat dengan bertulis atau lisan, dengan sumpah, atau dalam percakapan biasa, atau dibuat di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang layak di sisi undang-undang menyiasat fakta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.