ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab IV - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN SAMAN
WARAN TANGKAP



Seksyen 36. Prosedur untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya hendaklah, melainkan jaminan telah dibuat di bawah seksyen 32, di bawa ke hadapan Kadi yang terdekat sekali.

(2) Kadi tersebut hendaklah, jika didapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang dinamakan di dalam waran:

Dengan syarat bahawa orang yang ditangkap itu bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang memuaskan Mahkamah di mana ianya dibawa mengikut kehendak Borang 2
D (ii) dalam Jadual atau arahan telah diendoskan di bawah seksyen 32 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Mahkamah terakhir yang disebut hendaklah mengambil bon itu sebagaimana yang sepatutnya, dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran.

(3) Tidaklah ada sesuatu di dalam seksyen ini boleh disifatkan untuk mencegah seorang Penyelia Agama atau Pegawai Polis daripada mengenakan jaminan di bawah seksyen 32.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.