ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah Adalah Qarinah



Seksyen 29. Bila sesuatu penghakiman dalam bidangkuasa probet, dsb. adalah qarinah.

(1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri yang muktamad yang dibuat oleh Mahkamah pada menjalankan bidangkuasa probet atau hal suami isteri, yang memberi kepada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu sifat di sisi undang-undang atau yang menetapkan seseorang berhak kepada sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap seseorang tertentu tetapi dengan mutlaknya, adalah qarinah apabila adanya sifat di sisi undang-undang itu atau adanya hak seseorang terhadap apa-apa benda itu adalah qarinah.

(2) Penghakiman, perintah atau dekri itu adalah bukti konklusif-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.