ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini
(1) Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya mana-mana perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.
(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.
(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-
(a) dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;
(b) dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;
(c) dengan perintah Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa wibawa; atau
(d) dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa wibawa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.