ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 4. Pembuktian wasiat.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada tuntutan tentang kesahan sesuatu wasiat selepas kematian seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah melainkan jika tuntutan itu disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat.

(2) Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan keterangan dokumentar yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu boleh dibuktikan melalui keterangan lisan dua orang saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.