ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993
BAHAGIAN IV - ORANG-ORANG YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT
Seksyen 25. Syarikat dan kumpulan orang.
Tanggungjawab bagi melakukan segala tindakan dan perkara yang dikehendaki dilakukan oleh atau bagi pihak suatu syarikat atau kumpulan orang bagi maksud-maksud Enakmen ini hendaklah terletak secara bersesama dan berasingan -
(a) dalam hal suatu syarikat, dengan -
(i) pengurus atau lain-lain ketua pegawai di Malaysia;
(ii) pengarah-pengarah;
(iii) setiausaha; dan
(iv) mana-mana orang (dengan apa jua nama dipanggil) yang menjalankan fungsi mana-mana orang yang disebut dalam subperenggan terdahulu; dan
(b) dalam hal kumpulan orang, dengan-
(i) pengurus;
(ii) bendahari;
(iii) setiausaha; dan
(iv) anggota-anggota badan pengawalnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.