ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 222. Pampasan oleh kerana tuduhan dibuat tanpa alasan.

(1) Apabila mana-mana orang menyebabkan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis menangkap seseorang dan Hakim yang boleh membicarakan kes itu berpendapat bahawa tidak ada alasan yang mencukupi yang boleh menyebabkan orang itu ditangkap, Hakim boleh memberi pampasan yang ditetapkan olehnya tidak lebih daripada satu ratus ringgit yang akan dibayar oleh orang yang menyebabkan penangkapan itu kepada orang yang ditangkap kerana kerugian masa dan lain-lain perbelanjaan yang dialami olehnya sebagaimana difikirkan patut oleh Hakim.

(2) Pampasan itu tidak menghalang tindakan kes Mal kerana tahanan salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.