ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Dalam Hal Keadaan Khas



Seksyen 26. Pernyataan mengenai mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang adalah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara, apa-apa pun pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi apa-apa undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.