ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 110. Perlindungan Pegawai Kehakiman.

(1) Kadi atau orang yang lain yang bertindak dengan kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana apa jua perbuatan yang dilakukannya atau diperintahkannya untuk dilakukan dalam pelepasan kewajipan kehakiman, samada di dalam hak bidangkuasanya atau tidak, dan tidak apa jua perintah kos boleh dikenakan terhadapnya, dengan syarat bahawa pada masa itu dengan suci hati ianya mempercayai kepunyaan bidangkuasa untuk berbuat sedemikian atau untuk memperintahkan perbuatan yang diadukan itu.

(2) Pegawai Mahkamah atau orang lain yang terikat untuk melaksanakan mana-mana waran atau perintah sah Mahkamah atau orang lain yang bertindak dengan kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah sivil kerana pelaksanaan mana-mana waran atau perintah yang ianya terikat untuk melaksanakannya jika waran atau perintah tersebut adalah di dalam bidangkuasa orang yang mengeluarkannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.