ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 108A. Ordinan Penjagaan Bayi (Bab. 54) tidak terpakai jika bertentangan dengan agama Islam.

(1) Apa-apa dalam Ordinan Penjagaan Bayi (Bab. 54) yang berlawanan dengan agama Islam hendaklah tidak dipakai kepada mana-mana orang yang berumur di bawah lapan belas tahun yang mengamal agama Islam atau yang bapanya mengamal atau telah mengamal pada masa kematiannya agama itu, atau, dalam hal anak tak sah taraf, yang ibunya mengamal atau telah mengamal agama itu.

(2) Dalam kes mana-mana orang lain, Ordinan itu, setakat mana ianya berlawanan dengan agama Islam hendaklah terhenti terpakai kepadanya setelah ia mula mengamalkan agama Islam jika pada masa itu dia telah genap umur lapan belas tahun atau, jika tidak mencapai umur tersebut, dia mengamal agama Islam itu dengan izin orang yang dalam Ordinan ini menjadi penjaga kepada orang bayi itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.