ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB - I
Seksyen 4. Kekecualian hak kedaulatan.
Melainkan dinyatakan dengan jelas di dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam Negeri Sembilan, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959;
Dengan syarat bahawa perjalanan segala kewajipan dan kuasa oleh Yang di-Pertuan Besar di dalam Enakmen ini hendaklah dengan persetujuan Undang Yang Empat menurut Fasal 6 (2) Undang-undang Tubuh tersebut.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.