ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 61. Hendaklah tiada apa-apa dorongan diberi.

(1) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada mana-mana orang yang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan bagi mendorong orang itu boleh membuat apa-apa pernyataan berkenaan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menahan atau menghalang dengan apa-apa amaran atau dengan cara lain mana-mana orang daripada membuat dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya menurut kemahuannya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.