ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 53A. Prosedur.

(1) Maklumat-maklumat selain daripada maklumat di bawah seksyen 53 hendaklah disampaikan kepada Hakim mengikut Borang 6 dalam Jadual.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Penguatkuasa Agama boleh dalam kes selain daripada yang tersebut dalam seksyan 18(1) menjalankan apa-apa kuasa berhubung dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini tanpa perintah Ketua Pendakwa Syarie.

(3) Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama yang mendapat perintah tersebut boleh menjalankan kuasa-kuasa berhubung dengan penyiasatan yang diberikan di bawah Bab ini kecuali kuasa menangkap tanpa waran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.