ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
WAKAF



Seksyen 44. Majlis menjadi pemegang amanah maukuf.

(1) Tertakluk kepada kehendak-kehendak di dalam sesuatu hujjah atau wasiat berkenaan dengan lantikan Nazir Khas, Majlis adalah menjadi pemegang amanah bagi semua maukuf-maukuf diisytiharkan dalam Negeri.

(2) Raja-dalam-Mesyuarat boleh memberi apa-apa arahan kepada Majlis yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, dan Majlis hendaklah menguatkuasakan arahan-arahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.