ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB I



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Kanun ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-


"aduan" ertinya tuduhan yang dibuat dengan mulut atau bertulis kepada Hakim Syarie dengan tujuan supaya tindakan diambil olehnya di bawah Kanun ini bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan ataupun bersalah kerana suatu kesalahan;

"Hadd" atau "Hudud" ertinya hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadis untuk kesalahan-kesalahan yang ditentukan;


"Hakim Syarie atau Hakim" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ordinan No. 4/91.];

"Jawatankuasa Fatwa" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Ordinan Majlis Islam (Perbadanan)[Bab 105.];

"Ketua Hakim Syarie" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 6 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Majlis" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Majlis Islam (Perbadanan);

"Pegawai Penguatkuasa Agama" termasuk Ketuanya mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Pendakwa Syarie" termasuk Ketuanya mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 Ordinan Mahkamah Syariah, 1991;

"Ta'azir" ertinya hukuman untuk suatu kesalahan jenayah yang mana hukumannya tidak ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadis dan ia adalah terletak di bawah budi bicara Mahkamah.

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkai kata yang digunakan dalam Kanun ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan Tafsiran.

(3) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsirkan sesuatu perkataan, perbahasaan dan rangkai kata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidang kuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan dan rangkai kata sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.