ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 148. Pengakuan dan akibat keputusan.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah di mana keputusan hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya dibuat telah dicatatkan atau diluluskan.

(2) Bila mana sesuatu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyebut alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diubah.

(3) Mahkamah yang menerima keputusan atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atau perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.