ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 27. Bentuk saman dan penyampaian.

(1) Tiap-tiap saman supaya hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Kanun ini hendaklah dibuat dalam Borang 2 seperti yang dinyatakan dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi mohor atau cap Mahkamah.

(2) Saman itu hendaklah menyatakan secara am kesalahan yang dipertuduhkan dan seksyen serta Enakmen yang di bawahnya dia boleh dihukum.

(3) Saman itu hendaklah pada lazimnya disampaikan oleh pegawai Mahkamah tetapi Mahkamah yang mengeluarkan saman itu boleh jika difikirkannya patut mengarahkan supaya ia disampaikan oleh mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.