ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN XXVII - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Seksyen 195. Kuasa.
Dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam Kamar boleh -
(a)
menangguhkan mana-mana prosiding;
(b)
menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana pembicaraan;
(c)
mendengar dan menentukan mana-mana permohonan untuk waran tuntutan sewa;
(d)
mentadbirkan ikrar untuk afidavit dan menyelenggarakan bon;
(e)
apabila cagaran diperintahkan diberi, menentukan supaya ianya mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(f)
dengan izin semua pihak, memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding;
(g)
menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.