ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 194. Menyimpan wang dengan tidak ada sebab-sebab.

Barang siapa, yang diamanahkan bagi memungut, menyimpan, menjaga, mengelola, atau menyampaikan wang atau harta daripada wakaf, Bait-ul-Mal, zakat, fitrah, derma daripada orang ramai, atau lain-lain perkara yang ada hubungannya dengan Agama Islam, telah tidak menyerahkan wang atau harta itu kepada orang yang berhak kepadanya atau telah tidak menjelaskannya kepada orang yang ditentukan atau telah tidak mengemukakan kira-kira wang itu kepada Pesuruhjaya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah boleh membuat perintah supaya dibayar atau diserahkan terus wang atau harta itu kepada orang yang berhak menerimanya atau supaya dipulangkan wang atau harta itu kepada sesiapa yang diarah oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.