ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XIII - DARIHAL KEPUTUSAN



Seksyen 124. Keputusan hendaklah diterangkan kepada yang dituduh dan salinannya diberi kepadanya.

Keputusan itu hendaklah diterangkan kepada yang dituduh dan atas permintaannya satu salinan keputusan itu atau, bila dia berhajat kepada suatu terjemahan dalam bahasanya sendiri, jika boleh, hendaklah diberikan kepadanya tanpa kelewatan. Salinan tersebut hendaklah, di dalam mana-mana kes selain daripada kes saman, diberi dengan percuma.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.