ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Watak bila qarinah



Seksyen 42. Watak yang dahulunya tidak baik tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang yang dituduh itu mempunyai watak yang tidak baik tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa ia mempunyai watak yang baik, dan dalam hal yang demikian fakta menjadi qarinah.

Huraian 1
- Seksyen ini tidaklah dipakai bagi kes yang dalamnya watak tidak baik seseorang adalah sendirinya suatu fakta yang menjadi soal.

Huraian 2
- Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan mengenai watak yang tidak baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.