ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 64. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon untuk kehadiran pengadu dan saksi.

(1) Jika apabila suau penyiasatan yang dibuat di bawah Bab ini ternyata kepada pegawai yang membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang cukup atau alasan yang munasabah bagi membenarkan prosiding jenayah dimulakan atau dilanjutkan terhadap seseorang, maka pegawai itu hendaklah meminta pengadu itu, jika ada, dan beberapa orang yang ternyata kepada pegawai itu mengetahui akan hal-hal kes itu, sebagaimana dia fikirkan perlu, menyempurnakan bon untuk hadir di hadapan Mahkamah Syariah yang disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap orang dituduh itu.

(2) Pegawai yang di hadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkannya ke Mahkamah Syariah.

(3) Jika mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon pegawai itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah Syariah yang boleh kemudiannya menurut budi bicaranya mengeluarkan saman atau waran untuk menjamin kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya supaya memberi keterangan dalam perkara pertuduhan terhadap orang dituduh itu.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai apabila pertuduhan yang akan dibawa adalah mengenai hak Allah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.