ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 155. Prosedur bila pihak merayu di dalam penjara.

(1) Jika pihak merayu berada di dalam penjara dia hendaklah dianggap telah memenuhi keperluan seksyen 152 dan 154 jika dia memberi kepada Pegawai Penguasa Penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau tulisan dan butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam petisyan rayuan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen yang berkenaan.

(2) Pegawai Penjara berkenaan hendaklah dengan segera mengemukakan notis dan petisyen berkenaan atau maksudnya bersama dengan rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan yang hendak dirayu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.