ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXII - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP, DLL



Seksyen 166. Saman penghutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada seksyen-kecil (2) seorang pemiutang penghakiman boleh menyaman mana-mana orang yang boleh diperiksa melalui satu saman yang di dalam Bahagian ini disebut sebagai saman penghutang penghakiman dalam Borang 22. Saman itu hendaklah diserahkan kepada penghutang penghakiman sendiri tidak kurang daripada lima hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pembicaraan kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 137 tiada saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan kecuali dengan izin yang diberi mengikut ses seksyen itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.