ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 13. Perakuan-perakuan pewarisan.

Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana Mahkamah Sivil atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan Mahkamah Sivil atau pihak berkuasa itu atau mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.