ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 24. Keterangan.

(1) Mahkamah hendaklah mengikut segala peruntukan-peruntukan Hukum Syarak berkenaan dengan bilangan, taraf atau kualiti saksi-saksi atau keterangan-keterangan yang dikehendaki dinyatakan, terlebih dahulu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian di atas undang-undang keterangan yang berkuatkuasa pada masa ini di dalam Negeri dan hendaklah berpandu di atas prinsip-prinsip berkenaan tetapi tidaklah terpaksa mengikutnya dengan tepat. Jika berlawanan di antara prinsip-prinsip undang-undang keterangan dengan Hukum Syarak, maka Hukum Syarak hendaklah dipakai.

(2) Mahkamah hendaklah berkuasa mentadbir sumpah dan ikrar, sebagaimana Borang I dan Borang II dalam Jadual Kedua. Keterangan hendaklah lazimnya diberi dengan sumpah tetapi atas alasan-alasan khas, Mahkamah bolehlah mengenepikan sumpah dan mengambil keterangan dengan ikrar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.