ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN II - PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 11. Perletakan hak harta oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.


Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, dengan perintahnya, meletak hak kepada Majlis mana-mana harta, sama ada harta aleh atau takaleh, yang mana sebelum sahaja bermulanya kuatkuasa Enakmen ini telah terletak hak pada sesiapa atau mana-mana pihak berkuasa dalam negeri ini untuk maksud-maksud Ugama Islam, atau yang diamanahkan untuk maksud-maksud ugama dan khairat bagi faedah orang-orang yang berugama Islam dan, sejak mulanya berkuatkuasa sesuatu perintah itu, harta-harta yang ada kaitannya dengan Perintah itu hendaklah, dengan tiada payah memindahak, menyerahak atau memindahmilik, tetapi berkenaan dengan harta takaleh tertakluk kepada Kanun Tanah Negara dan sejak pendaftarannya di bawah Kanun tersebut terletakhak pada Majlis, hakmilik yang sama, harta-harta atau kepentingan-kepentingan dan atas pemegangan hak yang serupa sebagaimana ianya telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja bermulanya kuatkuasa Perintah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.