ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
SAHTARAF



Seksyen 122. Mengaku seseorang lain sebagai bapa.

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, boleh menjadikan suatu perhubungan yang sah, setakat mana di antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.