ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Proses Mahkamah Untuk Memaksa Kehadiran Saman



Seksyen 30. Prosedur bila saman tidak dapat disampaikan dengan sendiri.

Jika orang yang disaman itu tidak dapat dijumpai setelah berusaha mencarinya dan penyampaian dapat dilakukan menurut seksyen 29 (3), maka Pegawai Penghantar hendaklah menampalkan satu saman pada mana-mana tempat yang dapat dilihat atau mana-mana tempat lain di mana orang yang disaman biasanya tinggal, dan dalam kes tersebut saman itu, jika Mahkamah mengarahkan sama ada sebelum atau selepas ditampal, hendaklah dianggap telah disampaikan dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.