ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN V - JAMINAN DAN KAWALAN TERHADAP AGAMA ISLAM



Seksyen 95. Takwim Islam.

(1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa dalam membuat sebarang keputusan, penentuan dan penyelarasan terhadap takwim Islam di Negeri ini.

(2) Sekiranya ada apa-apa perselisihan atau perbezaan yang ketara yang pada pendapat Majlis perlu diberi perhatian, maka keputusan Majlis hendaklah dipakai.

(3) Majlis boleh membatalkan atau menahan daripada diterbit dan diedarkan kepada orang ramai mana-mana takwim Islam yang bercanggah dengan takwim yang diperakui menurut subseksyen (1), jika difikirkan ianya boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam di Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.