ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bekues” ertinya pemberian melalui wasiat, harta atau faedah daripada harta;

“benefisiari” ertinya orang yang menerima manfaat daripada sesuatu wasiat dan, berhubung dengan hasil daripada sesuatu wasiat, termasuk suatu tujuan agama atau khairat yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;

“dilahirkan hidup” ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum Syarak;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 7 tahun 2002];

“Hakim” ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hambali;

“harta” termasuk harta alih dan tak alih, apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, hak, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada
masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang selainnya mempunyai nilai menurut Hukum Syarak;

“Harta pusaka” ertinya semua harta peninggalan orang yang mati;

“iqrar” ertinya suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai kewajipan atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;

“Mahkamah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;

“orang” termasuk kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak;

“orang tidak sempurna akal” ertinya—
dan termasuk mana-mana orang lain yang tidak sempurna akal yang tidak berdaya untuk menguruskan dirinya atau hal ehwalnya;

qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 8 tahun 2002];

urf” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan selagi ia tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;

“wali harta” ertinya seseorang yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan sesuatu wasiat dan termasuk seseorang yang dilantik sebagai wali harta oleh Mahkamah;

“waris” ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut Hukum Syarak;

“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu wasiat orang yang telah mati dan termasuk seseorang yang dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;

“wasiat” ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

(2) Semua perkataan dan ungkapan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.