ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 45. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-
(3) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kathi di bawah subseksyen (1) seksyen 38 Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959 dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.