ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN IV - WAKAF TAK SAH
Seksyen 13. Wakaf tak sah.
Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika-
(a)
dalam hal wakaf taklik, sebelum syarat taklik yang dikehendaki itu dipenuhi semasa hayatnya, waqif mati;
(b)
ia dibuat bagi apa-apa tujuan maksiat;
(c)
ia dibuat kepada mana-mana orang bagi tujuan yang bukan untuk menghampirkan diri kepada Allah;
(d)
ia dibuat untuk manfaat atau faedah diri sendiri; atau
(e)
ia bertentangan dengan Hukum Syarak atau mana-mana undang-undang bertulis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.