ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 125. Bila saksi tidak perlu diperiksa.

Hakim tidak dikehendaki memeriksa mana-mana saksi yang telah diperiksa dan didapati 'adil di bawah Bahagian ini jika dia menjadi saksi di hadapan Hakim yang sama dalam prosiding yang kemudian dan lat tempoh antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.