ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 28. Penangguhan dan pemindahan satu-satu kes.

(1) Mahkamah boleh kerana sebab-sebab yang cukup menangguhkan apa-apa pembicaraan dari semasa ke semasa dan dari setempat ke setempat.

(2) Mahkamah Kadi Besar boleh memindah mana-mana kes kepada Kadi yang lain apabila rujukan dibuat oleh Kadi setelah menerima permohonan dari salah satu pihak dalam mana-mana pembicaraan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.