ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah
Tiada suatu perkahwinan pun boleh diakadnikahkan melainkan jika suatu kebenaran berkahwin telah diberikan-
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautn dalam Negeri Perak Darul Ridzuan; atau
(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika pekahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.