ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.
Seksyen 8. Pembatalan perlantikan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli yang dilantik oleh Majlis:
(a)
jika kelakuannya sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli atau sebaliknya telah memburukkan nama Majlis; atau
(b)
jika atas sebab dia telah menjadi tidak berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai ahli; atau
(c)
jika dia, tanpa sebarang alasan yang pada fikiran Pengerusi adalah mencukupi, telah tidak hadir selama tiga kali berturut-turut mesyuarat Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.