BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 4 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
(1) Apabila Mahkamah menerima permohonan di bawah seksyen 179, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dalam Borang MS 45.
(2) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu notis penghakiman hendaklah disampaikan ke diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi kehadiran penghutang penghakiman itu.