ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 57. Acara jika kesalahan disyaki.

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seorang Pegawai Penguatkuasa Agama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan , maka dia hendaklah melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantarkan satu laporan mengenainya kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan kes itu dan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu:

Dengan syarat-syarat berikut -

(2) Dalam tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b), Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya yang tersebut itu (jika ada) sebab yang dia tidak menurut dengan sepenuhnya subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.