ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001
BAHAGIAN V - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN
Seksyen 96. Tatacara dalam perbicaraan.
Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:
(a)
apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkarnah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;
(b)
jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, maka akuan itu hendaklah direkodkan dan dia bolehlah disabitkan atas kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;
(c)
jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta dibicarakan, maka Mahkamah hendaklah mendengar keterangan pengadu, jika ada, dan mengambil segala keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu;
(d)
apabila difikirkannya perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan keterangan bagi pihak pendakwa, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberikan keterangan di hadapannya;
(e)
tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi pihak pendakwa melalui Hakim;
(f)
jika, selepas mengarnbil segala keterangan yang disebut dalarn perenggan
(c), (d)
dan
(e),
Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(g)
tiada apa-apa jua dalarn perenggan
(f)
boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat terdahulu dalarn kes itu jika atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak berasas;
(h)
jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang Mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
(i) pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat;
(j)
jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan sebagaimana yang telah dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim;
(k)
jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis, maka Mahkamah hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod;
(I)
jika tertuduh memohon kepada Mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa dalam kes, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, maka Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan, dan alasan sedemikian hendaklah direkodkannya secara bertulis;
(m)
(i) jika Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(ii) jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima, maka Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;
(n)
apabila prosiding telah dimulakan atas aduan seseorang yang dibuat dengan sumpah di bawah seksyen 74 dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, melepaskan tertuduh.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.