ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 87. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dipertuduh bersama.

(1) Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan itu mula-mula dilakukan, sama ada berkenaan dengan orang yang sama ataupun tidak, maka dia boleh dipertuduh melakukan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan itu yang tidak lebih daripada tiga.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sebagai sama jenisnya apabila kesalahan itu boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.