ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
Darihal Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah



Seksyen 151. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan oleh mana-mana orang yang telah disabitkan atau didapati bersalah atau oleh Ketua Pendakwa Syarie terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di dalam menjalankan bidang kuasa jenayah asalnya tertakluk kepada Kanun ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang memperuntukkan syarat rayuan jenayah boleh dibuat.

(2) Apabila orang yang dituduh telah mengaku salah dan disabitkan atas pengakuannya itu, maka tidak ada rayuan boleh dibuat kecuali terhadap kadar atau sahnya hukuman itu.

(3) Notis rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie hendaklah dikemukakan oleh atau dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendakwa Syarie.

(4) Suatu rayuan boleh dibuat atas apa-apa persoalan fakta atau undang-undang atau atas kedua-duanya.

(5) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah juga mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan perkara yang dikemukakan mengikut seksyen 165 atau 166.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.