ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DlKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 45. Hakim Syarie boleh mengeluarkan waran memberikuasa menggeledah untuk mencari keterangan mengenai kesalahan.

Jika seseorang Hakim Syarie atas maklumat dan atas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, ada sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa jua yang terhadapnya, olehnya atau berkenaan dengannya sesuatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi menjalankan penyiasatan mengenai mana-mana kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, maka dia boleh melalui waran, memberikuasa kepada orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan sebagaimana yang perlu, dan menggeledah tempat itu untuk mencari apa-apa keterangan atau benda sedemikian, dan jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, maka ia boleh disita dan dibawa ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu, atau Hakim yang lain untuk diperlakukan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.