ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 151. Keadilan.

(1) Barangsiapa yang mempunyai isteri lebih daripada seorang telah tidak bersikap adil terhadap isteri-isterinya pada nafkah, pakaian, tempat tingal dan gilirannya mengikut Hukum Syarak adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Barangsiapa yang hendak bernikah lebih daripada satu hendaklah membuat permohonan kepada Kadi Besar bagi tadbirannya mengikut Hukum Syarak.

(3) Barangsiapa yang melanggar peruntukan seksyen-kecil (2) seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada lima belas hari atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.