ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 200. Salinan rekod pembicaraan.

(1) Jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang diluluskan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod pembicaraan, dia hendaklah apabila membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, diberinya oleh Mahkamah :

Dengan syarat hendaklah dia membayar jumlah wang yang munasabah seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan memberinya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapat salinan rekod pembicaraan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pengarah Pendakwa atau Pegawai Majlis yang diberi kuasa khas oleh Pengarah Pendakwa dan tidak ada bayaran dikenakan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.