ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 4. Pengecualian Prerogatif.
Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri ini sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Perlembagaan Persekutuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.