ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 156. Tidak melaporkan keluar Islam oleh Muallaf.


Sesiapa yang dikehendaki melaporkan keluarnya daripada memeluk Ugama Islam di bawah seksyen 103 (2) dengan sengajanya lalai atau tidak melaporkannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.